ARTIKEL

21 doktor maut di Filipina angkara Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ANKARA: Sekurang-kurangnya 21 doktor meninggal dunia di Filipina akibat COVID-19, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.

Negara itu melaporkan 177 kematian dengan kes positif sebanyak 3,764.

“Kematian doktor itu selepas dijangkiti daripada pesakit yang berbohong mengenai kesihatan mereka dan tidak memaklumkan pernah terdedah kepada pesakit COVID-19,” kata presiden Persatuan Hospital Swasta, Rustico Jimenez.

Setakat ini, 740 pegawai perubatan di Filipina disahkan mempunyai kontak dengan pesakit COVID-19 dan kini menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari.

Jimenez berkata kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk doktor dan kakitangan kesihatan lain di hospital swasta mendedahkan mereka kepada risiko dijangkiti.

“Hospital swasta tidak menerima PPE, kami beli sendiri, tetapi sekarang susah untuk dapatkan bekalan,” kata Jimenez.– BERNAMA

BERITA LAIN

Buli siber beri kesan serius kepada kehidupan mangsa

BERLIN: Menteri-menteri Dalam Negeri negeri-negeri Persekutuan Jerman sedang meneliti sama ada untuk memperkenalkan kesalahan jenayah berasingan bagi pembulian siber, lapor agensi berita Jerman (dpa). Cadangan

BERITA TERBARU