ARTIKEL

223,000 pekerjaan disokong menerusi Strategi Net Zero Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peluang pelaburan hijau bernilai RM347 bilion dan sokongan kepada kira-kira 223,000 pekerjaan menjadi antara sasaran utama Strategi Net Zero Sarawak bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi mampan.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, strategi itu turut menetapkan sasaran pengurangan pelepasan karbon sebanyak 35 peratus bagi memastikan pembangunan ekonomi dan aktiviti perindustrian dapat diteruskan secara bertanggungjawab tanpa mengabaikan kelestarian alam sekitar.

“Strategi itu menyasarkan pengurangan pelepasan karbon sebanyak 35 peratus, selain mewujudkan peluang pelaburan hijau bernilai RM347 bilion dan menyokong kira-kira 223,000 peluang pekerjaan.

“Usaha berkenaan turut menyumbang kepada pencapaian sasaran sifar bersih negara serta komitmen iklim global Malaysia,” katanya ketika berucap pada Malam Apresiasi Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty) 2026 serta Majlis Pelancaran Strategi Net Zero dan Pelan Karbon Sarawak, di sini pada Jumaat.

Abang Johari berkata, strategi berkenaan dirangka menerusi 15 keutamaan strategik yang merangkumi lapan sektor utama penyumbang pelepasan karbon serta tujuh bidang tindakan merentas sektor.

“Antara sektor yang diberi tumpuan ialah tenaga, perindustrian, pengangkutan, bangunan dan pengurusan sisa.

“Setiap sektor memerlukan pelaksanaan pelan tindakan khusus bagi menangani pelepasan karbon mengikut keperluan dan aktiviti masing-masing,” jelasnya.

Tambahnya, pendekatan itu membolehkan pengurangan pelepasan karbon dilaksanakan secara lebih menyeluruh merentasi sektor pembangunan utama negeri.

Pada masa yang sama, Abang Johari berkata, Sarawak mempunyai kelebihan melalui sumber semula jadi termasuk kawasan hutan, tanah gambut dan hutan bakau yang berperanan menyerap karbon.

“Ekosistem berkenaan turut memainkan peranan penting dalam menyokong pemeliharaan biodiversiti dan sumber air.

“Bagaimanapun, kelebihan sumber semula jadi yang kita ada perlu disertai perancangan serta pengurusan alam sekitar secara berterusan,” ujarnya.

Menurut beliau, pembangunan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar perlu bergerak seiring bagi memastikan sumber semula jadi terus terpelihara untuk generasi akan datang.

Sarawak menyasarkan untuk mencapai pelepasan karbon negatif bersih menjelang 2050 menerusi strategi berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

PBB perkemas jentera hadapi PRU Sarawak Ke-13

SARIKEI: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak memperhebat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 menerusi penyusunan gerak kerja dan pengukuhan jentera parti di