ARTIKEL

Keadaan sebuah bas persiaran yang terbabas di bulatan Kanowit, Sibu Jaya.

23 cedera, bas persiaran terbabas di bulatan Kanowit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 23 orang cedera apabila sebuah bas persiaran yang membawa 43 penumpang terbabas di bulatan Kanowit, Sibu Jaya di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan kira-kira jam 2.25 pagi hari ini dengan mangsa yang cedera terdiri daripada 19 wanita dan empat lelaki.

“Pasukan bomba tiba di lokasi dan membantu mengeluarkan seorang mangsa wanita yang masih berada di dalam bas ke tempat selamat.

“Manakala 42 mangsa yang lain telah dibantu keluar oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, semua mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke Hospital Sibu dan Hospital Kanowit bagi mendapatkan rawatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU