KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 6 petang ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu melibatkan Negeri Sembilan, Melaka manakala di Selangor kawasan yang terjejas ialah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
Amaran sama dikeluarkan di Johor (Muar, Batu Pahat, Pontian, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai, Kluang, Segamat dan Tangkak), di Kedah (Kulim, Bandar Baharu, Sik dan Baling), manakala di Perak (Larut Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim dan Perak Tengah).
Di Terengganu, kawasan terjejas ialah Dungun, Pahang (Maran, Kuantan, Cameron Highlands, Temerloh, Pekan, Bera, Bentong, Raub, Jerantut dan Lipis) manakala di Kelantan (Gua Musang, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai).
Di Sabah, amaran melibatkan kawasan Pedalaman (Membakut dan Tambunan), Sandakan (Sandakan dan Kinabatangan), Tawau (Lahad Datu dan Kunak), serta Pantai Barat (Papar, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).
Sementara itu di Sarawak, kawasan terjejas ialah Bintulu (Tatau), Mukah (Mukah, Dalat dan Matu), Sibu (Selangau dan Sibu) dan Limbang. – BERNAMA






