LAWAS: Bantuan berjumlah RM4.9 juta diagihkan kepada 241 usahawan di Lawas, membuka peluang kepada mereka memperluas perniagaan dan memperkukuh sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Sarawak.
Seramai 241 usahawan menerima manfaat bantuan keusahawanan menerusi lima skim utama yang disampaikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa Karnival Usahawan Lawas 2025, di sini hari ini.
Antara skim terlibat ialah GERAK (55 penerima, RM387,700), USTEV (22 penerima, RM119,650), SPIKS (2 penerima, RM300,000), SKMS (158 penerima, RM4.09 juta) dan GoDigital (4 penerima, RM40,000).
Awang Tengah berkata, kerajaan komited melaksanakan pembangunan menyeluruh untuk meningkatkan pendapatan negeri serta merancakkan ekonomi agar manfaatnya dapat dirasai semua kaum dan wilayah.
“GoDigital antara program yang diperkenalkan untuk memudahkan masyarakat meningkatkan pengurusan perniagaan.
“Penggunaan platform digital akan memperkukuh ekosistem pembangunan PMKS” katanya ketika merasmikan karnival tersebut.
Tambah Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan itu, peningkatan sistem telekomunikasi turut diberi tumpuan bagi memudahkan urusan perhubungan, pendidikan dan kesihatan.
“Capaian telekomunikasi yang baik merupakan keperluan bagi membantu usahawan memasarkan produk melalui video, pengiklanan serta pelbagai platform media sosial” ujarnya.
Menjelas lanjut, pelbagai skim dan bantuan agensi kerajaan serta swasta memperkukuh pelaksanaan Program Jum REGISTA yang menyasarkan usahawan informal.
“Ini adalah skim bantuan kerajaan yang tertumpu kepada PKS kerana ia merupakan tulang belakang ekonomi negara.
“Kita mahu perusahaan ini berkembang sebab itu program REGISTA diwujudkan” jelasnya.
Bagi menyokong pertumbuhan PMKS, kerajaan menyediakan infrastruktur perniagaan seperti Lawas Industrial Estate Fasa 1 dan 2, Anjung Usahawan di Lawas, Sundar, Trusan dan Kuala Lawas serta pusat pemprosesan di Awat-Awat dan Punang.
Setakat ini 64 peratus lot industri Fasa 1 telah diluluskan kepada syarikat tempatan manakala 30 lot lagi masih terbuka untuk permohonan.
Karnival terbabit turut disertai pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk Majlis Islam Sarawak, NGO seperti PERKIM, serta Andalusia Travel and Tour San Bha, sekali gus memperkukuh ekosistem pembangunan usahawan di daerah ini.

Polis Mukah Tahan Lelaki Disyaki Terlibat Kes Rogol Wanita 18 Tahun
MUKAH: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun bagi membantu siasatan kes disyaki rogol membabitkan seorang wanita berusia 18 tahun di Jalan Petanak, di


