Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu menetapkan 25 Jun ini bagi sebutan semula kes Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown atas pertuduhan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Majistret Noor Mazrinie Mahmood menetapkan tarikh tersebut pada prosiding sebutan kes itu yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Nur Amalina Najwa Mohd Ali dan tiada peguam hadir mewakili Rewcastle-Brown.
Rewcastle-Brown didakwa secara tanpa kehadirannya atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Sultanah Nur Zahirah melalui buku The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose pada 23 September 2021.






