ARTIKEL

Kredit Bomba

26 rumah musnah terbakar di Tawau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TAWAU: Sebanyak 26 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya di sini pagi tadi namun tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan 1,300 rumah yang lain.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Madzlan Sharman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.37 pagi sebelum 39 anggota dan lima kenderaan operasi termasuk dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Tiba di lokasi, pasukan bomba melakukan operasi pemadaman menggunakan sumber air laut serta air tangki jentera bomba,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya kesemua penghuni rumah sempat keluar menyelamatkan diri dan operasi ditamatkan pada 11.45 pagi.

Madzlan berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu