ARTIKEL

29 kawasan catat bacaan IPU tidak sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sebanyak 29 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 10 pagi ini.

Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) melaporkan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, dan Johor merekodkan bacaan IPU tidak sihat dengan Johan Setia mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 175.

Negeri Pahang, Terengganu, dan Melaka turut terkesan dengan kualiti udara tidak sihat, termasuk Bandar Raya Melaka yang merekodkan bacaan 155.

Kawasan di Perak seperti Seri Manjung dan Tanjung Malim serta Putrajaya juga mencatatkan bacaan IPU tidak sihat masing-masing pada tahap 151 dan 163.

Sebanyak 36 kawasan berada pada tahap sederhana manakala tiga kawasan mencatatkan kualiti udara baik berdasarkan skala IPU yang ditetapkan seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU