ARTIKEL

MUSNAH…Rumah pekerja 10 bilik musnah dalam kebakaran.

30 penghuni selamat dalam kebakaran rumah pekerja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 30 penghuni terselamat selepas sebuah rumah pekerja yang mempunyai 10 bilik musnah dalam kebakaran dekat Lorong Peace 3, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.32 pagi sebelum pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan tiba di lokasi empat minit kemudian dan turut dibantu BBP Tabuan Jaya dan BBP Batu Lintang.

Pasukan bomba berjaya memadam kebakaran sepenuhnya pada jam 9.29 pagi.

Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur tidak kekal berkeluasan kira-kira 50 kaki x 50 kaki persegi yang dijadikan sebagai rumah pekerja.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah pekerja yang mengandungi 10 bilik dan dihuni seramai 30 orang.

“Anggaran kemusnahan struktur adalah 100 peratus, manakala dua buah motosikal turut terbakar sepenuhnya. Kesemua penghuni dilaporkan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PGO berkata, pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan tiga aliran hos sepanjang 300 kaki dengan empat nozel bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke struktur berhampiran.

Katanya, kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 9.29 pagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka