ARTIKEL

3,000 bungkus nasi berlauk menempuh ratusan kilometer setiap hari penuhi permintaan pelanggan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ribuan bungkus nasi berlauk dan kuih-muih tradisional dari Kelantan kini menempuh perjalanan ratusan kilometer setiap malam untuk memenuhi permintaan pelanggan di Lembah Klang, Terengganu, dan Pahang melalui perkhidmatan Nasi Berlauk Kelate Express (NBK Express).

Peneraju NBK Express, Mohd Syafrini Azmi, menyatakan bahawa perniagaan yang dimulakan bersama rakannya, Mohd Yusri Mohd Yusoff sejak tahun 2015 itu kini berkembang pesat dengan penghantaran lebih 3,000 bungkus makanan ke Lembah Klang bagi setiap perjalanan.

Mohd Syafrini menjelaskan bahawa bekalan makanan diperoleh daripada lebih 20 pengusaha di sekitar Tumpat, Wakaf Che Yeh, dan Machang sebelum diagihkan kepada rangkaian lebih 80 ejen serta penghantar di pelbagai lokasi termasuk Negeri Sembilan dan Melaka.

Beliau turut berkongsi cabaran dalam menguruskan logistik penghantaran yang memerlukan ketepatan masa bagi memastikan makanan sampai ke destinasi seawal 4 pagi, selain mengakui pernah berdepan risiko kemalangan dan kerosakan kenderaan yang mengakibatkan kerugian.

Menurut Bernama, usaha tersebut bukan sahaja memberi kepuasan peribadi kepada Mohd Syafrini, malah menjadi platform untuk membuka ruang rezeki kepada ramai pengusaha makanan di Kelantan serta peniaga di Lembah Klang, termasuk restoran Stesen Bukuh di Puchong yang mencatatkan sambutan memberangsangkan.

BERITA LAIN

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

Sarawak menanti kehadiran MPL

SEDEKAD bukan tempoh yang singkat, apatah lagi bagi sebuah permainan mudah alih yang berjaya bertahan, berkembang dan membina komuniti peminat merentas generasi. Bagi saya, Mobile

BERITA TERBARU