ARTIKEL

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KHABAR kurang menggembirakan datang daripada pelakon dan pelawak terkenal Indonesia, Ferry Maryadi, 51 tahun.

Suami kepada pelakon cantik, Deswita Maharani, itu kini sedang menjalani rawatan di hospital selepas mengalami kecederaan serius akibat terjatuh di bilik air.

Insiden yang mengejutkan itu berlaku ketika Ferry sedang mandi. Menurut Ferry, kejadian itu berlaku dengan sangat pantas ketika dia sedang menyabun badan.

Tanpa disangka, dia terpeleset dan jatuh sehingga menyebabkan tulang belakangnya cedera.

“Masa mandi, dah syampu rambut, sabun semua. Waktu nak mula sabun badan tu, mungkin saya terpeleset dan jatuh, terhantuk sesuatu,” katanya seperti dipetik daripada rancangan Insert Pagi.

Ferry juga mengakui dia tidak pengsan, namun tidak dapat mengingati secara jelas bagaimana insiden itu berlaku.

“Saya tak pengsan, cuma saya lupa detikdetik kejadian,” ujar Ferry.

“Sebab semuanya berlaku dengan sangat pantas,” tambah Deswita yang setia menemani suaminya.

Kini, Ferry sedang berehat dan menerima rawatan rapi di hospital.

Peminat mendoakan agar bintang fi lem dan sinetron ini segera sembuh dan kembali aktif menghiburkan penonton di kaca televisyen.

BERITA LAIN

NIDJI bawa mesej perpaduan

Kumpulan muzik rock alternatif Indonesia, Nidji, mahu menjadikan pentas muzik sebagai ruang untuk menyebarkan mesej positif bagi meredakan ketegangan dan perselisihan faham antara rakyat Malaysia

BERITA TERBARU