ARTIKEL

3,708 menara telekomunkasi siap dibina 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Sebanyak 7,000 menara telekomunikasi diunjurkan dibina di seluruh Sarawak bagi melengkapkan liputan meluas perkhidmatan telekomunikasi berkelajuan 4G dan 5G.

Kerajaan Sarawak membina 600 Projek Menara Pintar.

Sebanyak 133 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dibina sebagai galakan penduduk pedalaman terlibat dalam aktiviti e-dagang.

Setakat Mei 2023, sebanyak 3,708 menara telekomunikasi berjaya dibina di seluruh Sarawak berbanding 3,471 setakat Mei 2022.

Manakala, menyelesaikan isu “menara tanpa kuali” ini, Mei lepas Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memanggil semua syarikat telekomunikasi mencari jalan penyelesaian isu menara telekomunikasi yang tidak berfungsi di Sarawak.

Turut ditangani segera ialah isyarat lemah dan menikmati perkhidmatan berkualiti.

Sementara, peruntukan pembinaan 600 menara komunikasi luar bandar bertujuan merapatkan jurang digital antara bandar dengan luar bandar selaras Strategi Pembangunan PCDS-2030.

DEKAD DIGITAL EMAS

Di peringkat Malaysia, bagi membuka jalan menuju Dekad Digital Keemasan, kerajaan merangka pelan strategik komprehensif memfokus pada pengukuhan infrastruktur komunikasi, memperkukuh keselamatan siber dan memupuk pertumbuhan berterusan ekonomi digital.

Kerajaan turut menyasar untuk memacu penyertaan ekonomi dalam kalangan semua segmen rakyat melalui platform digital dan model perniagaan digital.

Masa depan ekonomi digital bersinar lebih cerah dan Malaysia berada pada kedudukan yang baik di ufuk masa depan digital yang sangat makmur melalui MDEC.

Dalam kerangka ini, ekonomi digital Sarawak terus dipacu sesuai dasar pelan tindakan ekonomi digital yang disasarkan untuk mencapai matlamatnya pada 2030.

BERITA LAIN

SISAGC pacu pelancongan sukan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) bakal diteruskan pada 2027 selepas edisi sulungnya tahun ini berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus

BERITA TERBARU

Sarawak gesa agensi percepat projek RMK-13 sebelum 2030

KUCHING: Semua kementerian, jabatan dan agensi di Sarawak digesa mempercepat pelaksanaan keutamaan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) kerana tempoh menuju sasaran Strategi Pembangunan