ARTIKEL

4 kenderaan terlibat kemalangan berantai di Jalan Kuching-Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERANTAI… Antara tiga kenderaan terlibat dalam kenderaan berantai.

KUCHING: Kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan dilaporkan berlaku di Batu 11, Jalan Kuching-Serian, dekat sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan pada jam 6.32 pagi.

Susulan laporan katanya, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dikerah ke lokasi kejadian.

BERANTAI… Antara tiga kenderaan terlibat dalam kenderaan berantai

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, Komander Operasi PBK II Nasihin Jaum melaporkan kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan jenis Perodua Ativa, Toyota Fortuner, Perodua Viva dan Proton Waja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu kata PGO, terdapat dua mangsa mengadu sakit di bahagian dada dan diberikan rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut sementara mangsa lain dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasukan bomba seterusnya melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan kemalangan sebelum bertolak balik ke balai,” kata PGO.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Khir Rahman kembali ke pentas teater Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah tersohor, Khir Rahman kembali beraksi di pentas teater selepas hampir sedekad menerusi pementasan Teater Muzikal Kanak-Kanak Pengembaraan Sang Kancil di