ARTIKEL

Kredit: FB JBPM Sabah

45 individu hadapi detik cemas terperangkap dalam kejadian kepala air di seberang sungai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Seramai 45 individu termasuk tujuh kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terperangkap di seberang sungai dalam kejadian kepala air ketika sedang menjalankan aktiviti memancing di sebuah kolam berhampiran Jalan Tandek Kampung Longob, Kota Marudu, petang semalam.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu bergegas ke lokasi kejadian terletak 14 kilometer selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.11 petang.

“Terdapat 45 individu terdiri 23 lelaki dan 15 wanita dewasa bersama tujuh kanak-kanak terperangkap di seberang sungai akibat berlaku kepala air yang menyebabkan jambatan di sungai berkenaan rosak dibawa arus deras.

“Anggota bomba menyelamatkan semua mangsa menggunakan tali dan tangga serta tiada kecederaan dilaporkan,” menurut kenyataan itu.

Operasi menyelamat tamat pada 6.47 petang. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk