ARTIKEL

5,000 baju raya percuma sempena Program Infak Baju Raya Al Bait.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kira-kira 5,000 pasang baju telah berjaya dikumpul dari 350 penyumbang sempena Program Infak Baju Raya Al Bait.

Pengerusi Yayasan Kempimpinan Al Bait (YKAB) Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, jumlah tersebut diperoleh hanya dalam tempoh seminggu iaitu bermula pada 13 hingga 19 Mac lalu.

Katanya, program berkenaan merupakan inisiatif yayasan tersebut untuk membantu golongan yang memerlukan khususnya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

BAJU RAYA… Ayunie Zainal bersama-sama anaknya memilih baju raya, turut kelihatan adalah Shibli.

“Selain itu, ia juga menggalakkan masyarkat untuk bersama-sama membantu sekali gus menyemai budaya menyumbang dalam kalangan mereka.

“Alhamdulillah, untuk program ini kita berjaya mengumpul kira-kira 5,000 pasang baju raya dari 350 penyumbang sekitar bandar Kuching hanya dalam tempoh seminggu,” katanya.

Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) itu juga berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Program Infak Baju Raya Al Bait, di Majma Mall Kuching, hari ini.

Beliau juga tidak menolak untuk memperluaskan program sedemikian ke kawasan lain di negeri ini sekiranya mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

“Bagaimanapun, buat sementara waktu ini kita mulakan dahulu program tersebut di Kuching atau Majma Mall ini kerana kita tahu ramai orang datang ke sini,” ujarnya.

Program tersebut akan berlangsung setiap Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadan bermula pada 25 Mac (Sabtu) dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Orang ramai yang memerlukan boleh mendapatkan pakaian Hari Raya percuma yang disediakan boleh didapati di Lot C16, Tingkat 2, Majma Mall.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu