ARTIKEL

Antara hospital yang musnah di Tehran akibat perang ketika ini. - FOTO AFP

53 Hospital Di Iran Musnah Akibat Serangan As-Israel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Iran Abbas Araghchi mendedahkan sebanyak 53 hospital telah musnah di Iran sejak bermulanya serangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel pada 28 Feb lepas.

Menurut Agensi Berita Mehr, diplomat tertinggi Iran itu menyatakan bahawa hospital-hospital berkenaan merupakan antara infrastruktur awam yang menjadi sasaran sepanjang konflik yang meletus susulan serangan berkenaan.

Beliau dipetik sebagai berkata bahawa ketika musuh-musuh Iran menuduh negara itu menyerang kawasan kediaman dan orang awam tanpa bukti, mereka sendiri terus menyasarkan lokasi awam termasuk sekolah, hospital dan bangunan kediaman.

Merujuk kepada serangan ke atas Stadium Azadi di Tehran yang mengakibatkan kemalangan jiwa dalam kalangan komuniti sukan Iran, Araghchi menegaskan bahawa musuh Iran jelas mengabaikan norma antarabangsa dan sengaja menyasarkan kawasan orang awam. – BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

BERITA TERBARU