ARTIKEL

Hannah bergambar bersama-sama atlet wanita lumba litar termuda dari Subang Jaya berusia 15 tahun, Sophia Zara Mustaffa Kamal. - Foto FB Hannah Yeoh

54 program diluluskan, peruntukan RM1.6 juta untuk KWASN – Hannah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sebanyak 54 program berjumlah RM1,649,195 di bawah Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) diluluskan tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.


Hannah berkata kelulusan berkenaan membuktikan komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan bakat sukan negara.


Sehubungan itu, Hannah menggalakkan mereka yang memenuhi kriteria untuk memohon KWASN.


“Kejayaan bermula dengan langkah pertama yang berani. Marilah kita membina sebuah negara sukan yang berjaya dengan setiap bakat layak menerima peluang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.


KWASN adalah geran yang diwujudkan bagi membantu badan sukan kebangsaan serta atlet bebas menganjurkan program atau aktiviti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


Ia juga bertujuan membantu penyertaan atlet dalam kejohanan antarabangsa bagi memperbaiki ranking mereka.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi https://www.kbs.gov.my/utama-kwasn.html. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas