ARTIKEL

57,050 anggota, 61 pesawat dikerah padam kebakaran di Kalimantan, Sumatera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Operasi pemadaman masih berjalan di lebih 4,300 hektar hutan dan tanah yang terjejas akibat kebakaran di enam wilayah Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.

Pemangku Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Berton Panjaitan, memaklumkan setakat Ahad kawasan terbabit meliputi 3,392 hektar di Kalimantan dan 990 hektar di Sumatera.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan pusat dan daerah, dibantu sukarelawan, melaksanakan pelbagai strategi tindak balas, termasuk pengubahsuaian cuaca menggunakan ais kering.

Di Kalimantan, Kalimantan Tengah mencatat kawasan terjejas terbesar seluas 2,458 hektar, diikuti Kalimantan Barat 884 hektar dan Kalimantan Selatan 52 hektar.

Di Sumatera, Sumatera Selatan merekodkan kira-kira 889 hektar, Jambi 89 hektar dan Lampung 12 hektar, manakala Riau tidak melaporkan operasi pemadaman aktif menurut laporan Bernama.

BERITA LAIN

Projek ART Modenkan Sistem Pengangkutan Awam Sarawak

KUCHING: Pembangunan projek Transit Aliran Autonomi (ART) merupakan pelaburan bagi memastikan pergerakan rakyat lebih lancar, bukannya pembaziran wang, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri

BERITA TERBARU