ARTIKEL

Gambar hiasan. |Freepik.com

69 peratus penjual e-dagang Malaysia tunjuk kefahaman tinggi terhadap AI – Lazada

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sebanyak 69 peratus penjual dalam talian di Malaysia menunjukkan tahap kefahaman yang tinggi terhadap kecerdasan buatan (AI), menurut hasil penyelidikan dijalankan platform e-dagang Lazada.

Lazada dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu sejajar dengan purata serantau iaitu 68 peratus yang membuktikan penjual dalam talian di Malaysia mengetahui tentang kewujudan AI.

Menurut Lazada, penyelidikan itu turut mendapati penjual di Malaysia menganggarkan 30 peratus kadar penggunaan AI dalam operasi perniagaan mereka, namun pelaksanaan berdasarkan penyelidikan hanya 26 peratus, lebih rendah daripada purata Asia Tenggara sebanyak 37 peratus.

“Walaupun 89 peratus penjual di Asia Tenggara mengakui peranan AI dalam meningkatkan produktiviti, hanya 77 peratus penjual Malaysia berkongsi sentimen sama. Ini menunjukkan perbezaan persepsi terhadap kegunaannya, hanya satu daripada dua penjual di Malaysia kurang percaya terhadap manfaatnya berbanding hampir dua pertiga penjual di Asia Tenggara.

“Tambahan pula, walaupun 87 peratus penjual di Malaysia bersetuju AI mampu menjana penjimatan kos dalam jangka masa panjang, hampir dua pertiga menyatakan kos yang tinggi dan pelaksanaan yang memakan masa sebagai penghalang penggunaan,” katanya.

Lazada pada Rabu menerbitkan laporan penyelidikannya bertajuk Bridging the AI Gap: Online Seller Perceptions and Adoption Trends in Southeast Asia (SEA) hasil kerjasama dengan Kantar yang meninjau 1,214 penjual e-dagang dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam bagi mengkaji trend, cabaran serta peluang pengambilan AI.

Menurut Lazada, di Malaysia, kepentingan peningkatan kemahiran untuk AI adalah pada kadar 89 peratus walaupun majoriti penjual iaitu 67 peratus masih menunjukkan bahawa pekerja mereka lebih selesa menggunakan cara bekerja yang terbukti berkesan dan biasa digunakan. – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU