ARTIKEL

Kredit: Kementerian Pendidikan Tinggi

71, 290 lepasan STPM ditawarkan masuk IPTA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Sebanyak 71,290 lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf ditawarkan tempat melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam menerusi sistem UPUOnline pada tahun ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah calon yang berjaya mendapat tempat ialah 77 peratus daripada jumlah keseluruhan pemohonan iaitu sebanyak 105,424 yang diterima sistem UPUOnline.

Menurut KPT, sebanyak 1,114 program pengajian Sarjana Muda telah ditawarkan bagi sesi pemohonan kali ini.

“Kemasukan pelajar ke institusi-institusi berkenaan dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah,” menurut kenyataan itu.

KPT menjelaskan calon yang tidak berjaya mendapatkan tawaran tempat pengajian boleh membuat rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari bermula 12 tengah hari ini hingga 5 petang, 15 Sept.

“Kementerian mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang berjaya dan semoga peluang menyambung pengajian pada peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya,” menurut kenyataan itu.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan