ARTIKEL

Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto: BERNAMA

717 tangkapan kes pemalsuan kad pengenalan dibuat dalam tempoh 2020-2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sebanyak 717 tangkapan telah dibuat dalam operasi bersepadu oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bersama pelbagai agensi penguatkuasaan sejak 2020 hingga 2024, bagi membanteras jenayah pemalsuan kad pengenalan dan memiliki kad pengenalan orang lain.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata daripada jumlah itu, 320 individu telah didakwa di mahkamah di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara (PPN) 1990.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak, termasuk pegawai yang terlibat dengan jenayah itu, sama ada menjual dan memiliki kad pengenalan orang lain.

“Kita mempunyai tatacara, tatakelola dan juga peraturan yang ketat.

“Mana-mana pegawai yang melakukan kesalahan tetap akan diambil tindakan berasaskan kesalahan yang mereka lakukan.

“Kita tidak ada kompromi soal ini kerana ini dokumen penting negara.

“Identiti negara sangat kita jaga, terutama sekali pemberian secara tidak sah.

“Dalam soal penguatkuasaan, kita sentiasa tegas kerana untuk aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan, undang-undang sangat diberi perhatian, dan ia memberi impak besar kepada soal keselamatan negara,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Shamsul Anuar menjawab soalan tambahan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) yang ingin tahu tentang garis masa spesifik bagi tindakan lebih agresif yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menjejaki individu, termasuk pegawai yang terlibat dalam sindiket pasport dan kad pengenalan.

Selain itu, beliau berkata pihaknya bersama JPN juga sedang merancang untuk memperkenalkan kad pengenalan struktur baharu yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih, sesuai dengan perkembangan teknologi terkini.

“Tujuannya (kad pengenalan baharu) adalah untuk memastikan dokumen pengenalan ini lebih sukar untuk dipalsukan serta menjaga keselamatan negara dari sindiket pemalsuan ini,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga sedang melaksanakan kajian tentang infrastruktur privasi data rakyat sebelum kad pengenalan itu diperkenalkan. – BERNAMA

#pemalsuankadpengenalan

#keselamatannegara

#operasibersepadukpn

BERITA LAIN

BERITA TERBARU