REPOK: Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Sri Huang Tiong Sii menyerahkan cek peruntukan kepada 79 organisasi di Repok.
Menurut ADUN Repok itu, penerima terdiri daripada persatuan, sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan tersebut.
“Saya berharap semua organisasi yang menerima dana pembangunan ini akan mengguna dengan sebaiknya bagi manfaat bersama.
“Peruntukan ini bagi tujuan penambahbaikan organisasi masing-masing, selain merancakkan lagi pelaksanaan aktiviti yang membawa kesejahteraan kepada masyarakat,” katanya
Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkasnya pada majlis penyerahan cek peruntukan DUN Repok di Pusat Khidmat DUN Repok, hari ini.
“Saya juga berharap agar para penerima dapat bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk bersama merancakkan usaha pembangunan di Sarikei secara amnya,” tambahnya.
Selain itu, beliau memberitahu akan terus bekerjasama rapat dengan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi memastikan perkhidmatan terbaik disalurkan kepada rakyat.
“Hal ini terutamanya dalam bidang pendidikan dan pembangunan infrastruktur luar bandar.
“Kerjasama ini penting dalam kita berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat tempatan,” ujarnya.







