ARTIKEL

800 unit darah dibekalkan ke gudang di selatan Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GAZA: Kementerian Kesihatan Palestin berjaya menghantar 800 unit darah dari makmal pusat di Ramallah ke gudang di selatan Gaza, dengan kerjasama Yayasan Rahma dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Penghantaran ini merupakan sebahagian daripada fasa kedua kempen “Our Blood is One”, yang menyaksikan sumbangan darah dari penduduk Palestin di utara dihantar kepada mereka di selatan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) memetik kenyataan kementerian itu.

Menteri Kesihatan, Majed Abu Ramadan berkata: “Kami bekerja tanpa henti untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan mendesak rakyat kami di wilayah selatan, dengan kerjasama institusi antarabangsa dan organisasi kesihatan.”

Beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan tekanan ke atas Israel agar menghentikan serangan yang semakin meningkat, yang dengan sengaja menyasarkan pusat-pusat perubatan di Gaza.- BERNAMA

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan