Pada Minggu Epidemiologi ke-23 (ME 23/2023) iaitu dari 4 Jun 2023 hingga 10 Jun 2023, sebanyak 87 varian Omicron baharu dilaporkan yang terdiri daripada 75 kes Variant of Concern (VOC) dan 12 kes Variant of Interest (VOI).
Menurut kenyataan media KKM, jumlah kumulatif bagi kes XBB.1.16 (Arcturus) dan sublineages adalah sebanyak 55 kes melibatkan kes tempatan.
“Pecahan kes merangkumi 16 kes di Melaka, Selangor (12), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (7), Sarawak (6), Johor (4), Wilayah Persekutuan Putrajaya (3), masing-masing dua kes di Perak, Negeri Sembilan, dan Sabah, serta satu kes di Perlis,” tulis kenyataan tersebut.



