Pelakon Datuk Aaron Aziz memohon agar semua rakyat Malaysia bersabar dan tidak melepaskan kemarahan terhadap warga Singapura.
Pemegang watak Malik dalam filem KL Gangster itu berharap insiden yang berlaku kepada Kamal Adli yang diserang sehingga cedera parah tidak menimbulkan persengketaan lebih rumit.
“Saya mohon peminat seluruh Malaysia bersabar dan jangan ada perasaan marah. Orang itu dah kena tangkap. Saya nak beri pesanan selepas kejadian sahaja.
“Saya mahu tenangkan keadaan kerana ada ramai artis Singapura bermastautin di Malaysia.
Jadi saya tidak mahu apa-apa yang berlaku berpanjangan dan jadi satu isu,” katanya.
Baru-baru ini, insiden menimpa Kamal apabila diserang secara mengejut menggunakan senjata sehingga mengalami kecederaan parah di negara republik itu menarik perhatian Aaron untuk bersuara.




