ARTIKEL

Aaron Dagang: Penetapan tarikh akhir pendaftaran suntikan vaksin membantu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGAU: Penetapan tarikh akhir pendaftaran vaksin COVID-19 akan membantu menyegerakan kejayaan Program Imunisasi COCID-19 Kebangsaan, selain membantu memudahkan dalam rancangan pembelian vaksin, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata mereka yang cenderung mendaftar lewat akan hanya mengakibatkan keadaan tergesa-gesa di saat akhir nanti.

“Kita perlu membuat perancangan yang baik supaya kita tahu berapa banyak dos yang perlu kita beli untuk semua,” katanya ketika ditemui selepas program Malaysia Prihatin di sini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa kerajaan sedang menimbangkan untuk menetapkan tarikh akhir bagi pendaftaran vaksin COVID-19 bagi mencapai sasaran mevaksin 80 peratus penduduk bagi mendapatkan komuniti kelompok.

Muhiyddin dilaporkan berkata pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera mencatatkan jumlah hanya kira-kira enam juta, satu jumlah yang boleh dianggap rendah berbanding populasi lebih 30 juta yang layak untuk program imunisasi.

Aaron berkata kerajaan meletakkan sasaran untuk mendapatkan 27 juta daripada 30 juta populasi negara, termasuk bukan warganegara, untuk divaksin secepat mungkin.

Bagi Sarawak pula, Aaron berkata vaksinasi perlu dilaksanakan terhadap kira-kira dua juta penduduknya sebelum pilihan raya negeri, yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa selepas Ogos.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan