ARTIKEL

ABANG JOHARI Tujuh tahun transformasi Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

»PREMIER SARAWAK, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melaksanakan pelbagai gagasan dan dasar mentransformasi Sarawak ke arah ekonomi hijau dan ekonomi kitaran. 

Demikian kata, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Dzul Hazwan Husaini yang menyifatkan Abang Johari sebagai “Bapa Inovasi dan Transformasi Sarawak”.

 Ini kerana, beliau dilihat antara yang terawal membudayakan rakyat dengan revolusi ekonomi digital — sangat penting dan diperlukan pada hari ini. 

“Kita dapat lihat beberapa tindakan drastik yang diambil dalam memperkenalkan dasar baharu ke arah merubah lanskap ekonomi sedia ada kepada ekonomi digital, ekonomi hijau dan ekonomi kitaran. 

“Kita dapat saksikan dengan nyata perkembangan ini apabila Sarawak amat ke depan jika dibandingkan dengan negeri lain,” ujarnya kepada Suara Sarawak. 

Pada masa yang sama, Dr Dzul akui bahawa Abang Johari juga dilihat berjaya mengembangkan hasil pendapatan negeri Sarawak.

Menurutnya, melalui usaha proaktif Abang Johari, Sarawak mendapat hak bagi kutipan cukai jualan produk minyak dan gas yang sebelum ini tidak dimasukkan dalam sumber utama negeri. 

Hasil ini katanya, memberi kelebihan besar kepada Sarawak sekali gus membantu memperbaiki sektor ekonomi dan sosial negeri Sarawak.

“Kita dapat lihat dengan adanya tambahan hasil seperti ini, Kerajaan Negeri dapat menyediakan peruntukan besar dalam memberi dokongan kepada isi rumah dan sektor swasta mengharungi kesukaran semasa pandemik Covid-19.

“Begitu juga dengan beberapa projek mega yang pasti menjadi ikon serta aset baharu Sarawak seperti pembinaan Transit Aliran Autonomi (ART) dan lebuh raya pesisir pantai – dilihat sebagai pemacu ke arah pembangunan pesat.

KEMAJUAN LUAR BANDAR

“Bukan sahaja di kawasan bandar, tetapi juga di kawasan luar bandar. Semua ini menuntut modal besar serta hasil pendapatan mampan dan berterusan untuk jangka masa panjang,” ujarnya. 

Dari sudut pencapaian politik pula, Dr Dzul percaya Abang Johari berjaya mengukuhkan kekuatan politik rakyat Sarawak bukan sahaja di dalam negeri, tetapi di peringkat Persekutuan. 

“Kita sekarang mempunyai suara yang tegas serta kuat di Dewan Rakyat dan kekuatan ini memberi banyak faedah kepada pembangunan negeri Sarawak khususnya dalam mengembalikan hak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang sekian lama terhakis. 

“Saya percaya kita tidak mampu mempertahankan hak negeri Sarawak jika kita tidak mempunyai kekuatan politik.

“Dengan kekuatan yang ada inilah kita berjaya menjadi pendukung penting penubuhan Kerajaan Perpaduan serta menjadi kumpulan kuasa politik terpenting menentukan dasar nasional,” jelasnya lagi. 

Justeru, Dr Dzul berharap kepimpinan sekarang harus memberi tumpuan kepada usaha melahirkan pelapis baharu.

“Perlunya peluang diberi kepada bakat baharu bukan saja yang terlibat dalam politik, tetapi juga bakat yang ada di luar padang politik. 

“Ini penting agar bakat yang ada di Sarawak dapat dioptimumkan dan menyumbang kepada pembangunan serta kemajuan Ibu Pertiwi,” katanya.

BERITA LAIN

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke

BERITA TERBARU

Lelaki separuh bogel ganggu pelajar ditahan polis

MIRI: Seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun terpaksa melarikan diri ke rumah kenalan berhampiran selepas diekori lelaki separuh bogel yang didakwa mengganggunya secara seksual