ARTIKEL

Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah

Abdul Karim persoal tindakan lewat SPR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipersoalkan berhubung kelewatan memulakan proses persempadanan semula serta penambahan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sehingga dikhuatiri tidak sempat digunakan pada Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN13).

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, proses berkenaan hanya dimulakan lebih setahun selepas DUN Sarawak meluluskan usul penambahan 17 kerusi itu.

“Kenapa SPR ‘drag their feet’ (bertindak terlalu lambat) dalam perkara ini, walhal tahu bahawa niat DUN dan rakyat Sarawak membentangkan usul ini awal-awal lagi adalah agar ia dapat digunakan dalam pilihan raya akan datang,” katanya kepada Suara Sarawak.

SPR hari ini mula mempamerkan kepada orang ramai cadangan 17 kawasan DUN baharu untuk penelitian dan bantahan awam.

Notis berhubung cadangan itu dipamerkan di beberapa pejabat kerajaan di seluruh negeri selama sebulan.

Cadangan berkenaan membabitkan 17 kawasan pilihan raya baharu serta pertukaran nama 10 kawasan sedia ada.

Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata, secara teknikal, 17 kerusi baharu itu mungkin tidak dapat digunakan pada PRN13 yang dijangka berlangsung selepas pembubaran DUN sekitar Disember ini.

Katanya, cadangan itu masih perlu melalui kelulusan Parlimen, diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya diwartakan.

“Selepas teguran rakyat dalam beberapa bulan yang lepas, baharu nampak SPR hendak bergerak, seakan-akan hanya hendak melepas batuk di tangga.

“SPR mesti aktif, tegas dan berkecuali serta tidak perlu menunggu arahan sesiapa sebelum bertindak,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi