ARTIKEL

Skuad Phnom Penh Crown FC dalam perjalanan ke Kuching bagi menghadapi pertemuan penting menentang Kuching City FC dalam saingan Liga Juara-Juara Dua AFC (ACL2), Khamis ini.

ACL2: Phnom Penh Crown tiba malam ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pendahulu Kumpulan H, Phnom Penh Crown FC dijadual tiba di Kuching jam 8 malam ini bagi menghadapi pertemuan penting menentang Kuching City FC dalam saingan Liga Juara-Juara Dua AFC (ACL2), Khamis ini.

Skuad dari Kemboja itu dijadualkan tiba dua hari lebih awal selepas melalui perjalanan udara sejauh lebih 2,008 kilometer dengan transit di Kuala Lumpur, sekali gus memberi ruang kepada pasukan membuat persiapan sebelum turun beraksi.

Skuad Phnom Penh Crown FC dalam perjalanan ke Kuching bagi menghadapi pertemuan penting menentang Kuching City FC dalam saingan Liga Juara-Juara Dua AFC (ACL2), Khamis ini.

Berdasarkan hantaran rasmi kelab, Phnom Penh Crown dijadualkan berlepas dari Phnom Penh pada 12.25 tengah hari dan tiba di Kuala Lumpur 3.20 petang.

Pasukan itu kemudian dijadual meneruskan penerbangan ke Kuching pada 6.05 petang sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 8 malam.

Skuad Phnom Penh Crown FC dalam perjalanan ke Kuching bagi menghadapi pertemuan penting menentang Kuching City FC dalam saingan Liga Juara-Juara Dua AFC (ACL2), Khamis ini.

Kehadiran awal Phnom Penh Crown memberi peluang kepada pasukan berkenaan menyesuaikan diri dengan persekitaran serta keadaan gelanggang menjelang pertemuan kelima Kumpulan H di Stadium Taha Ariffin, Kuching pada 26 November ini, 6 petang.

Pertembungan tersebut cukup penting buat Kuching City yang kini menghuni tangga ketiga kumpulan dengan empat mata selepas mencatat satu kemenangan, satu keputusan seri dan dua kekalahan.

Skuad Phnom Penh Crown FC dalam perjalanan ke Kuching bagi menghadapi pertemuan penting menentang Kuching City FC dalam saingan Liga Juara-Juara Dua AFC (ACL2), Khamis ini.

Phnom Penh Crown pula mengungguli carta dengan sembilan mata hasil tiga kemenangan dan satu kekalahan, diikuti Kitchee SC dari Hong Kong di tempat kedua dengan lima mata.

Gangwon FC dari Korea Selatan melengkapkan kedudukan kumpulan di tangga keempat dengan empat mata, namun dipisahkan daripada The Cats menerusi perbezaan jaringan.

Skuad Phnom Penh Crown FC dalam perjalanan ke Kuching bagi menghadapi pertemuan penting menentang Kuching City FC dalam saingan Liga Juara-Juara Dua AFC (ACL2), Khamis ini.

Situasi itu menyaksikan Kuching City perlu memburu kemenangan di laman sendiri bagi menghidupkan peluang untuk melangkah ke pusingan 16 terbaik sebelum saingan kumpulan berakhir.

Pada pertemuan pertama di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, 17 September lalu, skuad The Cats tewas tipis 1-2 selepas Moses Dyer meledak dua gol buat tuan rumah pada minit ke-55 dan masa kecederaan.

Kuching City sebelum itu berjaya menyamakan kedudukan menerusi Ajdin Mujagic pada minit ke-73, namun jaringan kemenangan Dyer pada minit ke-90+1 memusnahkan harapan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

Bagaimanapun, The Cats kini memiliki momentum positif selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super, Jumaat lalu menerusi jaringan Safawi Rasid dan James Okwuosa.

Kemenangan berkenaan turut menyaksikan Kuching City mengekalkan rekod tanpa bolos dalam tiga perlawanan berturut-turut, sekali gus menjadi suntikan keyakinan menjelang pertemuan dengan wakil Kemboja itu.

Selepas aksi menentang Phnom Penh Crown, The Cats dijadual menamatkan saingan Kumpulan H dengan bertandang ke Hong Kong bagi menghadapi Kitchee SC pada 3 Disember depan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU