ARTIKEL

Ketua Jurulatih Buriram United Osmar Loss (kiri) bersama pemaian pertahanan Dion Cools (kanan), bercakap pada sidang media menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, semalam. Perlawanan itu akan berlangsung hari ini. | Bernama

ACLE: Buriram United anggap pertemuan dengan JDT sebagai aksi ‘final’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISKANDAR PUTERI: Pertembungan antara Buriram United FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT)  pada perlawanan Kumpulan A saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/2025 hari ini diibaratkan sebagai aksi ‘final’ buat pasukan pelawat dari Thailand itu.

Pengendali Burriram United Osmar Loss yakin pasukannya mampu meraih tiga mata penuh apabila wisel penamat dibunyikan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di sini.

“Perlawanan ini akan menjadi sengit kerana kedua-dua pasukan ingin bangkit daripada kekalahan terdahulu pada 26 Nov dan kembali ke landasan kemenangan.

“Kami telah mengalami dua kekalahan berturut-turut kepada kelab Jepun – tewas 3-0 kepada Kawasaki Frontale pada 26 Nov dan 5-0 kepada Yokohama Marinos pada 6 Nov lepas,” kata pengendali kelahiran Brazil itu dalam sidang media praperlawanan di sini semalam.

Pada 26 Nov lepas, JDT pula tewas 1-0 kepada Shandong Taishan di Pusat Sukan Olimpik Jinan, China.

Pemain pertahanan Buriram United Dion Cools, yang juga kapten Harimau Malaya, mengingatkan rakan sepasukannya tentang kelebihan JDT yang mempunyai barisan pemain berbakat serta gaya permainan pantas.

Sementara itu, ketua jurulatih JDT Hector Bidoglio mengingatkan anak buahnya supaya kekal fokus sepanjang perlawanan kerana “Buriram United adalah pasukan yang kuat dengan pemain berkualiti.”

“Kami perlu lebih dinamik dan kreatif dalam menyerang serta bertahan, selain lebih tersusun ketika situasi ‘setpieces’.

Saya yakin pemain-kami sudah bersedia,” katanya.

Pemain pertahanan JDT Jordi Amat menyifatkan perlawanan esok sebagai pertembungan antara dua pasukan bola sepak terbaik dari Malaysia dan Thailand.

“Kami akan memberikan yang terbaik kerana mahu menang dan mara lebih jauh dalam ACLE,” katanya.

Untuk rekod, JDT kini berada di tangga kelima dalam Kumpulan A dengan tujuh mata manakala Buriram United di tangga kesembilan dengan mata yang sama.

Kedua-dua pasukan mencatat dua kemenangan, satu seri dan dua kekalahan tetapi JDT mempunyai kelebihan dari segi perbezaan gol. — Bernama

BERITA LAIN

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada

BERITA TERBARU

LCDA diminta bawa model Gedong, Lawas ke Spaoh

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) diminta membawa model pembangunan terbaik yang dilaksanakan di Gedong dan Lawas untuk diperluas ke Bahagian Betong, khususnya Spaoh.