ARTIKEL

Adik Maut, Abang Cedera Dalam Kemalangan di Jalan Pan Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGAU: Seorang lelaki maut manakala abangnya cedera selepas lori dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 115, Jalan Pan Borneo Sibu-Bintulu, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi itu, mangsa, 21, yang memandu lori berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Selangau kira-kira 5.50 pagi ketika menerima rawatan.

“Manakala, abang mangsa, 29, yang bertindak sebagai kelindan lori pula mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dirujuk ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, siasatan awal mendapati lori jenis Nissan itu dalam perjalanan dari arah Sibu menuju ke Bintulu sebelum dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian.

Kenderaan berat itu kemudian terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum melanggar besi penghadang jalan.

Susulan kejadian, pihak polis menjalankan pemeriksaan di lokasi sebelum mengarahkan lori terbabit dibawa ke Balai Polis Selangau bagi membantu siasatan lanjut.

Polis turut berusaha mengesan saksi bebas serta mendapatkan rakaman kamera papan pemuka kenderaan yang melalui lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Rahmat Jalimim di talian 011-31627137 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Tambah Rizal, pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta mengutamakan keselamatan sepanjang perjalanan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak raih dua podium Sukan Sorak KBS 2026

KUCHING: Sarawak mencatat kejayaan berganda apabila meraih tempat ketiga masing-masing dalam kategori berpasukan gaya bebas Bawah 12 Tahun (B-12) dan Bawah 18 Tahun (B-18) pada