ARTIKEL

Iskandar membantu kanak- kanak mangsa kebakaran di Kampung Sebuan Besar, Jepak memilih seragam sekolah dan peralatan menulis.

Adun Jepak Santuni Mangsa Kebakaran Kampung Sebuan Besar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Prihatin terhadap nasib penduduk yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Sebuan Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jepak Iskandar Turkee tampil menyalurkan bantuan keperluan persekolahan kepada anak-anak mangsa.

Iskandar membantu kanak- kanak mangsa kebakaran di Kampung Sebuan Besar, Jepak memilih seragam sekolah dan peralatan menulis.

Dalam inisiatif yang turut disertai Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak, Noriha Ali, sebanyak empat keluarga mangsa dibawa membeli kelengkapan persekolahan baharu bagi memudahkan anak-anak mereka kembali ke sekolah, semalam (Khamis).

Seramai tujuh kanak-kanak yang terjejas menerima bantuan berupa seragam sekolah dan alat menulis.

“Alhamdulillah, hari ini kita berpeluang membantu meringankan beban keluarga mangsa. Harapan kami agar anak-anak ini dapat terus belajar dalam keadaan yang lebih selesa dan tidak tercicir daripada pendidikan,” ujar Iskandar.

Beliau turut menggesa mana-mana keluarga yang belum menerima bantuan agar tampil ke Pusat Khidmat Rakyat Adun Jepak untuk mendapatkan sokongan sewajarnya.

“Syukur atas keprihatinan dan tunjuk ajar kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang sentiasa menekankan agar pemimpin mendekati serta menyantuni rakyat yang dilanda musibah,” tambah beliau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Langgur ngemanah ICQS Biawak agi dipansik

KUCHING: Langgur ngemanahka Kompleks Imigresyen, Kastam, Kuarantin enggau Pengelikun (ICQS) Biawak agi dipansik nengah ‘feasibility study’ Pelin Besai Pemansang Kandang Menua Sarawak. Menteri Dagang Temuai,