ARTIKEL

Adun Serembu selar pihak guna pelajar demi kepentingan politik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Adun Serembu Miro Simuh menempelak tindakan Parti Sarawak Bersatu (PSB) apabila menyumbang beg sekolah yang tertera logo parti itu kepada pelajar.

Katanya, tindakan itu sangat tidak wajar dengan mempergunakan kanak-kanak dan pelajar sekolah demi kepentingan politik. “Mereka mengagihkan (beg sekolah) ke sebuah kampung dengan logo parti, kita tidak boleh mengheret anak dan sekolah dalam politik,” katanya yang dihubungi, semalam.

Menurut Miro, beliau telah memberi bantuan kepada sekolah di kawasannya selama ini dan semuanya bukan untuk kepentingan politik atau perhatian, tetapi sebagai tanggungjawab menjadi wakil rakyat.

“Semua sekolah di kawasan saya juga telah menerima 20 kotak pelitup muka, pembersih tangan dan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) antara RM7,000 hingga RM20,000 bagi setiap sekolah,” katanya.

Sabtu lalu, PSB Serembu menerusi laman Facebook telah berkongsi program sumbangan mereka dengan menyerahkan lebih 40 beg sekolah dan botol air di Kampung Pedaun Bawah, Krokong.

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

BERITA TERBARU

Lelaki separuh bogel ganggu pelajar ditahan polis

MIRI: Seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun terpaksa melarikan diri ke rumah kenalan berhampiran selepas diekori lelaki separuh bogel yang didakwa mengganggunya secara seksual