ARTIKEL

Barisan Kepimpinan Persekutuan E-Sukan Antarabangsa (IESF): Dari kiri, Flip De Bruyn (Namibia), Elin Yoojung Moen (Norway), DYMM Putera Omar Bin Faisal (Jordan), Vlad Marinescu, Presiden IESF, Boban Totovski, Setiausaha Agung IESF, Afiq Fadhli Narawi (Malaysia), dan Clint Kennedy (Amerika Syarikat) bergambar sempena perbincangan hala tuju e-sukan antarabangsa.

Afiq Fadhli anak Sarawak pertama terima pengiktirafan e-sukan antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Afiq Fadhli Narawi meluahkan rasa gembira atas pengiktirafan dalam Persekutuan E-Sukan Antarabangsa (IESF), sekali gus menjadikannya anak Sarawak pertama menerima pelantikan tersebut.

Dalam satu kenyataan, Afiq Fadhli menyifatkan detik itu bukan pencapaian peribadi semata-mata malah untuk negara sekali gus menjadi gambaran penting akan peningkatan kehadiran anak Sarawak dan Malaysia dalam arena e-sukan global serta membuka ruang pengiktirafan lebih besar di pentas antarabangsa.

“Saya komited untuk menyumbang kepada misi IESF dengan memperkukuh tadbir urus, memacu pembangunan komersial serta memastikan keterangkuman di semua peringkat komuniti e-sukan,” katanya dalam kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Afiq Fadhli berkata, e-sukan bukan sekadar pertandingan, sebaliknya merupakan platform untuk inovasi, kerja berpasukan dan pertukaran budaya.

“Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan rakan-rakan anggota dari seluruh dunia bagi mewujudkan lebih banyak peluang kepada pemain, penganjur dan peminat di samping mempertingkat standard yang memastikan permainan adil serta pembangunan mampan.

“Saya bertekad untuk menyokong bakat tempatan, membangunkan program e-sukan di peringkat akar umbi dan mewujudkan laluan bagi golongan belia menyertai kejohanan bertaraf dunia,” ujarnya.

Dengan membina kerjasama, memperkukuh pendidikan dan menggalakkan inovasi, beliau berkata, usaha sedang digerakkan untuk memposisikan Sarawak sebagai hab pembangunan e-sukan di Malaysia dan Asia Tenggara.

“Kita akan terus bersama dalam membina masa depan e-sukan lebih mantap dan progresif. Saya berasa teruja untuk memainkan peranan dalam perkembangan industri pesat ini demi generasi seterusnya,” jelasnya.-TVS

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan