ARTIKEL

Agihan royalti penyanyi, pemuzik akan dibayar Disember ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Agihan royalti kepada penyanyi dan pemuzik yang terkesan berikutan pembubaran Music Rights Malaysia Berhad (MRM) pada 10 Julai lepas, akan dilakukan selewat-lewatnya Disember ini.

Perkara itu dipersetujui Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Recording Performers Malaysia Berhad (RPM), dan PRISM Performers Verification and Claims Committee (PPVCC) hasil satu mesyuarat yang diadakan pada 5 Okt lepas.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam kenyataan bersama memaklumkan, kedua-dua kementerian itu amat prihatin dengan isu berkenaan dan berharap proses agihan royalti itu dapat diselesaikan segera.

“KPDNHEP dan KKMM komited dalam membangunkan industri kreatif dan memberi keutamaan dalam kemudahan menjalankan perniagaan dan akan berusaha bersama-sama menangani isu ini berdasarkan undang-undang sedia ada,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan beberapa rundingan juga sedang berjalan dan berharap pihak terlibat dengan perkara itu agar dapat mematuhi tempoh yang ditetapkan bagi memastikan tiada kelewatan timbul dalam isu berkenaan.

“Bagi mendapat penyelesaian terbaik, ahli PRISM harus memberi sokongan dan kerjasama kepada MDI selaku pemegang amanah, untuk mengesahkan nama ahli PRISM yang benar-benar layak menerima tunggakan royalti,” menurut kenyataan itu.

Isu berkenaan juga boleh dikemukakan oleh pihak yang terlibat kepada Tribunal Hak Cipta, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sekiranya tiada persetujuan dicapai.

Tribunal Hak Cipta boleh menentukan isu yang dikemukakan pihak berkaitan, termasuk aduan oleh pencipta karya, pengendali, individu atau organisasi, rayuan oleh badan yang berlesen dan permohonan daripada mana-mana individu.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, Tribunal Hak Cipta boleh dihubungi melalui: e-mel : copyrightribunal@myipo.gov.my No. Tel : 03-2299 8921/03-2299 8411 (Setiausaha, Tribunal Hak Cipta) Laman web : www.myipo.gov.my/en/copyright-tribunal/

 

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Jalan Seduku–Lingga diancam hakisan

KUCHING: Jalan utama sepanjang 31.3 kilometer dari Kampung Agropolitan Seduku ke Pekan Lingga berdepan ancaman hakisan tebing Sungai Batang Lupar, terutama di KM4.2 yang jaraknya