KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang meninggal dunia hari ini.
Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh.
Dalam masa yang sama, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan seluruh keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan, ketabahan, dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.



