ARTIKEL

Ahmad Maslan cadang senarai calon BN PRN Melaka diumum awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALOR GAJAH: Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan senarai calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri Melaka diumumkan lebih awal.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata tempoh awal membolehkan calon menyediakan diri dan mengenali pengundi.

Beliau berharap calon terbaik dikemukakan sama ada daripada calon sedia ada atau calon baharu.

Kenyataan itu dibuat selepas menghadiri Majlis Penyerahan Perdana Projek Siap JKR Melaka kepada Kementerian Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal seperti dilapor Bernama.

Ahmad turut menjelaskan senarai calon BN bagi PRN Melaka akan melalui tiga peringkat tapisan sebelum diputuskan kepimpinan parti.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU