ARTIKEL

Aidil Afiz Azri Juara E-Games Pavillion FIFA19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

AIDIL Afiz Azri muncul pemenang Pertandingan FIFA 19 sempena e-Games Pavilion Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019 di Tebingan Kuching, malam kelmarin.

Dengan kemenangan itu, Aidil membawa pulang RM1,200 setelah mengalahkan Awang Raad Awang Khalik (naib juara), sekali gus menerima RM800.

Tempat ketiga dengan hadiah RM600 pula dimenangi Majin Buu, sementara Ashraf Zakaria memenangi tempat keempat, sekali gus menerima RM400.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan.

Turut hadir Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Dr. Morshidi Ahmad, Ketua Timbalan Pengarah DBKU Mohd Khaider Abang dan Presiden Persatuan e-Sports Sarawak Afiq Fadhli Narawi.

KENANGAN… Datuk Snowdan Lawan bergambar bersama tetamu jemputan dan pemenang Pertandingan FIFA 19 sempena e-Games Pavilion Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019 di Tebingan Kuching, malam kelmarin.

Pertandingan bermula 25 Mac lalu yang melibatkan 64 peserta itu anjuran DBKU, Kejiranan Mesra Tupong (KJM Tupong), Sarawak All Stars (SAS) dan Space Island Gaming Studio.

Dalam ucapannya, Snowdan berkata Kerajaan Negeri Sarawak komited membantu dengan menyediakan peruntukan untuk melonjakkan prestasi sukan elektronik di negeri ini.

Beliau turut menyatakan rasa bangga dengan pencapaian Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) esports kerana berjaya memenangi tempat Naib Johan XPAX Kejohanan e-Sukan Kampus anjuran My Game On dan Kitamen di Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.

Pada masa sama beliau berharap Kementerian Belia dan Sukan Malaysia memberikan perhatian terhadap sukan di Sarawak.

Tambah Snowdan, Sarawak sebelum ini berjaya melahirkan atlet bertaraf antarabangsa yang banyak menyumbang kepada kejayaan sukan Malaysia di persada antarabangsa.

Sukan elektronik atau dikenali sebagai e-Sport adalah sejenis sukan yang menggunakan alat-alat elektronik seperti PlayStation 4, Komputer, Xbox One dan banyak lagi.

Sukan elektronik mendapat sambutan yang hangat daripada generasi belia kerana kebanyakan permainan video seperti Dota, FIFA19, PBUG, Counter Strike dan Mobile Legends.

BERITA LAIN

ISLAM bawa erti KEAMANAN

Islam membawa erti sejahtera sebagaimana sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: “Muslim itu ialah mereka yang membuat Muslim lain selamat daripada kejahatan lidahnya dan tangannya“. (maksud

LAPOR KES PENIPUAN WALAUPUN KECIL

TIDAK dinafi kan kes penipuan dalam talian semakin ‘mengganas’ ekoran laporan kes semakin meningkat setiap tahun. Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal

BERITA TERBARU