1. KELUPIS
Ketupat dan lemang menjadi hidangan wajib ketika Hari Raya, namun di Sarawak ditambah kehadiran kelupis sebagai juadah.
Rasanya seakan-akan ketupat pulut, cuma ia lebih lembut dan berkanji serta lebih manis. Lazimnya kelupis dimakan bersama-sama rendang, kari dan kuah sate.
2. LEMANG PERIUK KERA
Lemang periuk kera dimasak dengan pulut merah mempunyai cita rasa tersendiri.
3. KEK LAPIS
Warna-warni Hari Raya di Sarawak bertambah seri dengan hidangan kek lapis Sarawak.
Kek lapis pelbagai rasa dan warna disusun menghias meja.
Menariknya, setiap kek lapis memiliki nama tersendiri seperti kek masam manis, kek idola keju, kek cadbury, kek Neelofa.
Manakala, kek hati pari pula merupakan kek klasik dan sering menjadi “ratu kek” di meja hidangan.
4. MINUMAN BERKARBONAT
Tidak sah rasanya sambutan Aidilfitri di Sarawak tanpa hidang minuman berkarbonat atau lebih dikenali sebagai ‘lemenet’ oleh masyarakat tempatan.
5. BAJU MELAYU
Berbaju Melayu menjadi trend sambutan Hari Raya di seluruh negara.
Namun, masyarakat Sarawak mengenakan pakaian tradisional Melayu lengkap dari hari pertama sehingga hari ketujuh Syawal.
6. ZIARAH PUSARA
Lazimnya, ziarah pusara ketika Aidilfitri diadakan pada hari pertama dan kedua Syawal, bagaimanapun ia terpulang kepada ahli keluarga.
Malah, sambutan Hari Raya juga meriah semasa berada di tanah perkuburan.
Kanak-kanak berpeluang mendapat duit raya yang diberi oleh orang ramai hadir ke tanah perkuburan sebagai tanda sedekah.
7. SADAK
Sadak (sedakah) ialah sumbangan untuk masjid atau surau di pagi Hari Raya.
Semasa takbir dibaca beramairamai sambil menanti khutbah, beberapa ahli masjid atau surau di kampung mengikat kain di pinggang dan berjalan di barisan saf jamaah.
Jemaah memberi derma dengan memasukkan wang di dalam ikatan kain tersebut.
8. BERLANGGAR MEJA
Berlanggar meja ialah keunikan yang terdapat bagi masyarakat Melanau.
Lebihlebih lagi di daerah Igan, Oya dan Dalat.
Berlanggar meja ialah cara merai tetamu pada Hari Raya secara besarbesaran.
Penduduk kampung meletakkan meja dan disambung dengan meja jiran lain.
Semua juadah diletakkan di meja dan berbeza mengikut meja yang mengambil bahagian.
Ini bermakna tetamu yang datang bukan hanya menziarah satu atau dua rumah, malah boleh menziarah satu kampung dalam satu-satu masa.



