PELAKON Aiman Hakim Ridza atau lebih dikenali sebagai Aiman Ridza menyatakan dia tekad menyiapkan rumahnya yang diubah suai.
Aiman bersyukur rumahnya kini siap diubah suai oleh dirinya sendiri.
Pada mulanya dia mengupah kontraktor, namun tidak berpuas hati dengan hasil kerja mereka.
“Kami tak berapa gembira dengan hasil kerja dia (kontraktor).
“Jadi saya buat keputusan buat sendiri, saya tak ambil sebarang penggambaran selama enam bulan untuk fokus siapkan rumah,” katanya memetik media tempatan.
Tambahnya, dia memilih untuk tidak menyuarakan pendapatnya tentang kontraktor tersebut.






