Malaysia memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukannya di Asia berikutan kemerosotan selama tiga tahun dalam industri pelancongan disebabkan pandemik Covid-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Riad Asmat berkata, dengan memulakan laluan baharu di Kertajati, Indonesia, hari ini, penting bagi syarikat untuk memperluas kedudukannya di negara itu.
“Diharapkan, kami berkembang lagi dan tidak lama lagi, kami akan melancarkan laluan baharu khususnya di Indonesia,” katanya. – Bernama.






