KUCHING: Tersemat sebagai memori indah tatkala menyaksikan perlawanan persahabatan reunion membabitkan dua pasukan iaitu Alumni USM (PAUSMS Hornbills) dan Alumni UUM (AURAS) di Stadium Sarawak, Petra Jaya semalam.
Perlawanan julung kali diadakan itu menghimpunkan bekas-bekas penuntut di kedua-dua universiti berkenaan terdiri daripada anak-anak Sarawak.
Pengerusi Penganjur Bersama Alumni USM/UUM Awang Putrayusrie Awang Redzuan memberitahu, perlawanan persahabatan itu bertujuan menghimpun kembali bekas-bekas penuntut dari dua universiti berkenaan.
Termasuk dua wakil rakyat iaitu iaitu Datuk Mohamad Razi Sitam (ADUN Saribas) yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti dan Safiee Ahmad (ADUN Daro) yang merupakan bekas penuntut di kedua-dua universiti terbabit.
“Perlawanan persahabatan ini lebih kepada merapat kembali hubungan silaturamin antara bekas-bekas pelajar berkenaan.
“Di samping peluang bagi mereka bersua kembali dengan rakan taulan,” jelas Awang Putrayusrie kepada Arena Suara Sarawak.
Tamat perlawanan menyaksikan kemenangan (3-0) berpihak kepada USM (PAUSMS Hornbills).



