ARTIKEL

Al Jazeera, wartawan akan dpanggil polis dalam masa terdekat- KPN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Polis akan memanggil pengendali Al Jazeera dan wartawannya yang berkaitan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dokumentari agensi berita antarabangsa itu mengenai cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata siasatan akan dilakukan menurut beberapa peruntukan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

“Kita akan tengok dari sudut undang-undang selepas dia menjawab soalan-soalan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini selepas menghadiri perasmian Hari Banci Penduduk dan Perumahan 2020 oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid semalam mengesahkan polis telah memulakan siasatan berhubung laporan itu dengan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani COVID-19.

Sementara itu, mengenai dakwaan beberapa wakil daripada inisiatif Parlimen Digital telah dihubungi polis selepas mereka menamatkan sidang maya pada 4 Julai lepas, Abdul Hamid berkata semakan dalaman mendapati tiada individu yang dipanggil polis setakat ini.

“Siapa yang rasa dirinya ditindas sila tampil ke depan. Saya nak tahu siapa yang dipanggil, polis mana yang panggil kerana setakat ini selepas disemak tidak ada pihak saya yang memanggil mereka.

“Saya minta kerjasama yang buat aduan untuk tampil ke depan dan jangan bimbang kita akan ambil tindakan yang seadil-adilnya,” katanya.

Abdul Hamid berkata tidak ada tindakan jenayah yang dibuat terhadap sidang maya Parlimen Digital yang digerakkan kumpulan belia tersebut.

 

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi