ARTIKEL

Alam diselamatkan, tubuh dikorbankan dalam Rhizophora

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUAH pulau kembali selamat ketika seorang anak kehilangan kemungkinan untuk meneruskan kehidupanmu. Pertemuan antara perilaku alam dengan pengorbanan Elly inilah yang membentuk ketegangan paling mendalam dalam Rhizophora karya Awang Aliffan (2025).

Di sebalik penggembaraan Aya, Aya dan Mavithra, novel remaja ini mempertemukan krisis ekologi dengan persoalan penerimaan terhadap manusia yang berbeza keupayaan. Pokok bakau menjadi harapan bagi dunia tercemar, semantara Elly, seorang anak dengan sindrom Down yang dipindahkan ke tubuh cyborg, menjadi harapan terakhir bagi keselamatan Pulau Bakau. Kedua-duanya diperlebar oleh kuasa yang menentukan nilai kehidupan menurut keupayaannya.

Artikel ini mengunakan kerangka Disabled Ecologies oleh Sunaura Taylor untuk membaca hubungan tersebut. Secara keseluruhannya, novel ini mengkritik penguasaan terhadap alam dan tubuh tetapi penyelesaiannya turut memperlihatkan percanggahan. Kehidupan bersama dipulihkan melalui kehilangan seorang wak yang sejak awal menanggung tuntutan untuk membuktikan nilainya.

Pembacaan ini menghargai keberanian Elly sambil meneliti syarat sosial dan susunan naratif yang menjadikan pengorbanannya perlu. Persoalannya bukan hanya bagaimana pulau diselamatkan tetapi kehidupan siapa yang diberi ruang selepas penyelamatan itu.

Kerangka pembacaan, batas penerapannya

Dalam Disabled Ecologies: Lessons from a Wounded Desert, Taylor (2024) menghubungkan pencemaran, perubahan ekosistem dan ketidakupayaan melalui kajian tentang akuifer tercemar di Tucson.

Perhatiannya meliputi jaringan kecederaan yang melintasi tubuh manusia dan kehidupan bukan manusia, di samping kemungkinan penjagaan serta solidariti antara pelbagai bentuk kehidupan yang terjejas. Kerangka ini membolehkan keresakan alam dibaca bersama persoalan kehidupan yang terdedah kepada kuasa dan eksploitasi.

Dalam syarahan Disabled Ecologies: Living with Impaired Landscapes, Taylor (2019) turut meneliti bagaimana bahasa tentang kerentanan boleh mengalihkan tanggungjawab daripada struktur yang menyebabkan kerosakan kepada tubuh atau persekitaran yang mengunggunya.

Bagi pembacaan ini, perhatian tersebut diterjemahkan kepada dua soalan: Siapakah yang menghasilkan keadaan berbahaya dan siapakah yang diminta menyesuaikan diri atau membayar harga pemulihan? Kedua-duanya menjadi panduan untuk meneliti tindakan watak dan pengakhiran novel.

Penerapan ini mempunyai batas yang penting. Teks tidak menyatakan sindrom Down Elly berpuncu daripada pencemaran. Oleh itu, hubungan sebab akibat sedemikian tidak boleh direka untuk menyesuaikan novel dengan teori.

Sindrom Down juga tidak disamakan dengan kerosakan alam. Yang dianalisis ialah pertemuan antara kehidupan berbeza keupayaan, persekitaran terancam dan kuasa yang mengawal kedua-duanya.

Istilah ketidakupayaan di sini merangkumi persoalan tubuh serta halangan sosial; keadaan tubuh tidak dengan sendirinya menentukan mutu atau nilai kehidupan seseorang.

Ekokritikan menyediakan asas hubungan antara teks dengan alam fizikal (Glotfelty dan Fromm, 1996). Dalam kajian tempatan, Maharam Mamat (2015) meneliti etika hubungan dengan alam melalui novel Jong Chian Lai, sementara Mohd Saberi Muda dan Mas Rynna Wati Ahmad (2019) membincangkan kesedaran ekologi dalam puisi Melayu.

Kajian tersebut membantu memetakan Rhizophora dalam pembincangan sastera alam sekitar. Kerangka Taylor kemudian memperluas pertanyaan kepada tubuh, kebergantungan dan pihak yang menanggung akibat pemulihan.

Analisis ini meneliti gambaran kota yang tercemar, perdagangan dengan bakau, perubahan tubuh Elly dan pengorbanannya pada kemuncak cerita. Kerangka Disabled Ecologies oleh Taylor menjadi asas pembacaan, manakala pemikiran cyborg Haraway membantu menjelaskan hubungan antara manusia dengan teknologi dalam pembentukan tubuh Elly.

Udara bersih, pembahagian peluang hidup

Kota dalam Rhizophora memperlihatkan kemerosotan alam yang sudah menyusun semula kehidupan harian. Penduduk memakai pelitup muka, panas menghadkan kegiatan di luar rumah, manakala pencemaran menghalang pertumbuhan tumbuhan.

Kanak-kanak mengenali sebahagian alam melalui paparan atau replika. Kehilangan ekologi dengan demikian turut menjadi kehilangan pengalaman; Generasi muda semakin jauh daripada peluang menyentuh dan mengenal kehidupan yang sepatutnya biasa berada di sekeliling mereka.

Sebaliknya, ketibaan di Pulau Bakau membolehkan mereka membuka peltup muka dan menghirup udara segar (hlm. 37–39). Perbezaan ini menjadikan pemafasan suatu penanda ketidaksamaan ruang. Tubuh yang sama menghadapi kesukaran di kota tetapi memperoleh kelegaan di pulau.

Adegan tersebut menglihatkan perhatian daripada tubuh yang dianggap lemah kepada keadaan persekitaran yang membolehkan atau menyekatkan kehidupan. Kebolehan menjalani kegiatan harian bergantung juga pada mutu udara, air dan perlindungan yang tersedia.

Namun, pulau itu tidak bebas daripada persoalan kuasa. Ia merupakan ruang milik persendirian dengan akses terawal. Akademi Cilik pula memilih peserta berdasarkan pencapaian. Novel tidak memberikan gambaran lengkap tentang siapa yang akhirnya menikmati seluruh perlindungan tersebut tetapi susunan ruangnya membuka pertanyaan tentang pembahagian peluang hidup. Di luar pulau, pencemaran meresap ke dalam kehidupan seharian; di dalamnya, udara bersih dijaga melalui gabungan tumbuhan, ilmu dan teknologi.

Persoalan itu menjadi nyata apabila benih Rhizophora hendak dijual. Pembeli mahukannya untuk membersihkan udara di sekitar mereka sendiri (hlm. 119).

Keupayaan atas kehidupan bertukar menjadi kelebihan yang boleh dibeli. Ketamatan dalam novel dengan demikian mempunyai akibat melebihi perangai buruk seseorang: Ia mengumpulkan peluang terpilih, ketika sebahagian manusia membeli perlindungan sementara yang lain terus terdedah.

Nilai bakau juga mengandungi ketegangan. Pohon itu dihargai kerana mampu membersihkan udara dan membantu manusia. Penekanan tersebut berkesan untuk pendidikan ekologi tetapi masih mengutamakan manfaatnya kepada manusia.

Pada akhir cerita, perhatian terhadap penyelamatan hutan dan tumbuhan berpusat pada lingkungan itu. Pulau mula dilihat sebagai ruang kehidupan bersama yang penghuninya saling memerikan, meskipun pencemaran tetap banyak bergerak melalui keleruai wak manusia.

Penguasaan alam, penguasaan tubuh

Pak Suwardi mahu menguasai benih bakau, sistem akademi dan tenaga kanak-kanak yang hendak dijadikan buruh paksa. Rancangan ini menyatukan sumber alam dengan tubuh manusia dalam lingkungan penguasaannya.

Benih dinilai berdasarkan harga jualan, sementara peserta dinilai berdasarkan tenaga yang boleh dipaksa keluar daripada mereka.

Perbezaan antara memperlakukan manusia menjadi semakin jelas: Sesuatu kehidupan boleh dijaga untuk berkembang atau dikawal agar menghasilkan keuntungan.

BERITA LAIN

MALAYSIAKAH KITA?

Maafkan aku, kawan setelah sekian lama terkecu lidah terkapil mulut baru sekarang mahu bertanya: Malaysia kah kita? kerana sesama kita ada yang masih diburu keliru

HUTANG

HAJI Zam terkenal di kampung sebagai seorang peniaga yang murah hati. Baginya, membantu orang yang sedang kesempitan bukan sekadar amalan kebajikan, malah suatu ibadah. Ramai

BERITA TERBARU

Bapa mentua Putera Harry terkait jenayah seksual

FLORIDA: Thomas Markle, bapa kepada isteri Putera Harry, Meghan Markle, ditahan di Florida pada Jumaat atas tuduhan memiliki imej penderaan seksual kanak-kanak, kata pihak berkuasa.

Pulau Mawar syurga pelancongan

PULAU Mawar yang terkenal dengan keunikan formasi batuan semula jadi menyerupai pintu gerbang digelar sebagai Heaven’s Gate, berpotensi diketengahkan sebagai tarikan pelancongan berasaskan alam semula