ARTIKEL

ABANG PATDELI ABANG MUHI

MALAYSIAKAH KITA?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Maafkan aku, kawan

setelah sekian lama

terkecu lidah terkapil mulut

baru sekarang mahu bertanya: Malaysia kah kita?

kerana sesama kita

ada yang masih diburu keliru

antara bersekutu dan bersatu

antara wilayah dan negeri

antara merdeka dan mandiri

antara hak dan autonomi.

Maafkan aku, kawan

sebab tetap mahu bertanya: Malaysia kah kita?

kerana masih ada antara kita

baik yang memimpin mahupun yang dipimpin

yang masih dipenjara prasangka

mereka pendatang, kami peribumi

mereka asing, kami asli

mereka inferior, kami superior

meski lahir di nusa yang sama

meski warganegara yang sama

meski menghirup udara yang sama

meski berdarah merah yang sama

meski menjunjung Rukun Negara yang sama.

Maafkan aku, kawan

lantaran lancang bertanya: Malaysia kah kita?

jika di kandang siasah

pemimpin kita saling berbalah tanpa istiqamah

jika di ladang iktisad

sesama kita saling berdongki tanpa muhasabah

jika di padang warga

kita masih saling curiga tanpa makna.

Maafkan aku, kawan

sebab asyik bertanya: Malaysia kah kita

hanya kerana kita mengaku, bahawasanya

kita sebangsa senegara, sehati sejiwa, tetapi

dengan bahasa dan nada suara yang berbeza?

Malaysiakah kita, jika dicubit paha kanan

paha kiri tidak terasa?

Cyberjaya

16 September 2026

BERITA LAIN

Alam diselamatkan, tubuh dikorbankan dalam Rhizophora

SEBUAH pulau kembali selamat ketika seorang anak kehilangan kemungkinan untuk meneruskan kehidupanmu. Pertemuan antara perilaku alam dengan pengorbanan Elly inilah yang membentuk ketegangan paling mendalam

HUTANG

HAJI Zam terkenal di kampung sebagai seorang peniaga yang murah hati. Baginya, membantu orang yang sedang kesempitan bukan sekadar amalan kebajikan, malah suatu ibadah. Ramai

BERITA TERBARU

Bapa mentua Putera Harry terkait jenayah seksual

FLORIDA: Thomas Markle, bapa kepada isteri Putera Harry, Meghan Markle, ditahan di Florida pada Jumaat atas tuduhan memiliki imej penderaan seksual kanak-kanak, kata pihak berkuasa.

Pulau Mawar syurga pelancongan

PULAU Mawar yang terkenal dengan keunikan formasi batuan semula jadi menyerupai pintu gerbang digelar sebagai Heaven’s Gate, berpotensi diketengahkan sebagai tarikan pelancongan berasaskan alam semula