BINTULU: Pasukan Alap Bana FT dinobatkan sebagai juara pada Kejohanan Futsal Piala Ulang Tahun Ke-6 Top Eight 2026.
Pilihan popular itu memuktamadkan kejuaraan selepas menumpaskan Five City 2-1 pada aksi final yang berlangsung di gelanggang futsal KKB hujung minggu lalu.

Kemenangan itu membolehkan barisan pemain Alap Bana membawa pulang wang tunai RM888 beserta piala dan pingat, manakala pemain Five City selaku naib juara menerima wang tunai RM500, piala dan pingat.
Sementara itu, tempat ketiga dimiliki pasukan Ayoo Jima FT yang turut membawa pulang wang tunai RM300, piala dan pingat selepas menumpaskan Mozo Sport dengan jaringan 4-3. Mozo Sport di tempat keempat menerima wang tunai RM200.
Dalam pada itu, dua pemain Alap Bana FT, iaitu Mohd. Zainulariffin Mohd. Zain dan Matsafarudee Mohammad Muis, masing-masing dipilih sebagai penerima anugerah Pemain Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik.
Manakala, Affendy Morris daripada Ayoo Jima FT merangkul Anugerah Penjaring Terbanyak.
Kesemua pemain terbabit menerima hadiah berupa wang tunai RM50.
Majlis perasmian kejohanan itu disempurnakan penyandang kerusi DUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming.







