ARTIKEL

Alap Bana X Matteo rangkul juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pasukan Alap Bana X Matteo mencipta sensasi tersendiri apabila berjaya merangkul gelaran juara pada Kejohanan Futsal Terbuka Piala Pusingan Top Eight Edisi 2.0 2025.

Bagaimanapun, kelab handalan itu dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas KGMRXAYASHI pada perlawanan akhir yang berlangsung di Gelanggang Futsal Kelab Kidurong Bintulu (KKB) hujung minggu lalu.

Kejayaan tersebut menyaksikan barisan pemain Alap Bana X Matteo membawa pulang wang tunai RM3,000, piala pusingan, piala iringan dan pingat.

Sementara itu, wang tunai RM1,500 beserta piala dan pingat diterima oleh pemain KGMRXAYASHI selaku naib juara.

Dalam pada itu, pasukan Mozo Sport dan Alap Bana FT yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM600 dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming.

Hadir sama ialah Presiden Kelab Futsal Top Eight, Halimah Musa. Kejohanan tersebut berlangsung selama tiga hari, dari 17 hingga 19 Oktober, dan dianjurkan oleh Kelab Futsal Top Eight yang menghimpunkan 24 pasukan.

GAMBAR 1. JUARA… Johnny Pang Leong Ming (berdiri di tengah) merakam gambar bersama pemain Alap Bana X Matteo selaku juara.
GAMBAR 2. TAHNIAH… Johnny Pang Leong Ming (kiri) menyampaikan replika cek kepada pemain KGMRXAYASHI.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perkhidmatan feri Batang Paloh ditamatkan

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer hari ini menamatkan perkhidmatan feri di kawasan berkenaan yang telah beroperasi sejak 2009. Ahli Parlimen Igan, Ahmad

Sarawak sasar kemudahan Sukan SEA siap lebih awal

KUCHING: Semua kerja menaik taraf kemudahan bagi penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak perlu disiapkan selewat-lewatnya Jun tahun depan bagi membolehkan ujian operasi dijalankan sebelum