ARTIKEL

Alex Kitchen HALAL

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MI Kampua merupakan makanan masyarakat Cina etnik Foocheow yang hanya terdapat di Sibu dan Kuching.

Bagaimanapun, penggemar mi kampua dalam kalangan Muslim usah bimbang kerana Alex’s Kitchen halal food menyediakan mi kampua dijamin halal.

Menariknya, mi kampua Alex’s Kitchen halal food masih mengekalkan ciri keaslian mengikut tradisi masyarakat Cina.

Penulis sendiri sudah mencuba mi kampua Alex’s Kitchen halal food dan sememangnya sangat sedap dan menyelerakan.

Selain itu, layanan daripada pengusaha Alex’s Kitchen halal food yang sangat mesra dengan pelanggan.

Alex’s Kitchen halal food terletak di Aiman Commercial Centre, Kota Samarahan menjanjikan kepuasan kepada penggemar mi kampua.

Menurut pengusaha Alex’s Kitchen halal food Shahrizan Tan Abdullah, perniagaan bermula pada tahun lepas dan hanya mengusahakan perniagaan dari rumah.

“Pada masa tersebut, saya diberi cuti tanpa gaji oleh majikan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas,” katanya.

Tambah Shahrizan, dia mendapat nasihat daripada ahli keluarga untuk memulakan perniagaan mi kampua dan mi kolok.

“Saya pula banyak belajar mi kampua dan mi kolok daripada rakan saya yang merupakan peniaga mi tersebut,” ujarnya.

Kata Shahrizan, dia juga diberi tip dan resipi mi kampua serta ubah dengan masakan halal.

Mengekalkan Keaslian

Bagaimanapun, Shahrizan berkata dia masih mengekalkan keaslian mi kampua mengikut masyarakat Cina Foocheow.

Semasa PKP tahun lepas, Shahrizan banyak menerima tempahan daripada pelanggan dari sekitar Kota Samarahan dan Kota Sentosa.

Shahrizan menyatakan dia menghantar sendiri makanan kepada pelanggan dari rumah ke rumah.

“Anggaran pada waktu itu 20 hingga 30 tempahan sehari dan pendapatan pada ketika itu cukup menampung keperluan harian,” ujarnya.

Tambah Shahrizan, penghantaran tempahan ke rumah bergantung kepada lokasi rumah pelanggan tersebut.

Patut Dicuba

Selain mi kampua, terdapat pelbagai jenis mi yang turut dijual oleh oleh Alex’s Kitchen halal food. Antara mi tersebut ialah mi kolok merah atau putih, mi cendawan putih, mi kampua merah atau kicap dan mi pok putih atau merah.

Kebanyakan harga mi yang dijual sangat berpatutan dan berbaloi iaitu antara RM5 hingga RM7.

Pelanggan yang berada di Kuching dan Kota Samarahan boleh datang mencuba mi kampua bukan sahaja halal, tetapi sedap dan menyelerakan.

Amal Jariah

Selain itu, Shahrizan juga turut melakukan beberapa amal jariah dengan menderma bantuan berbentuk makanan kepada barisan hadapan.

“Saya percaya menderma salah satu cara membuka pintu rezeki selain dapat mendapat pahala,” ujarnya.

Nasihat Shahrizan, dia turut menasihatkan anak muda yang mahu terlibat dalam bidang perniagaan agar jangan mudah patah semangat.

“Teruskan melakukan usaha dan bersaing secara sihat kerana rezeki tidak pernah salah alamat,” nasihatnya lagi.

SHAHRIZAN juga turut melakukan beberapa amal jariah dengan menderma bantuan berbentuk makanan kepada barisan hadapan. | Facebook Alex’s kitchen halal food

BERITA LAIN

Bawa keceriaan Ramadan kepada golongan memerlukan

KUCHING: Yayasan Ikram Malaysia (Ikram) fokus untuk membantu masyarakat yang benar-benar memerlukan dan kurang bernasib baik di seluruh negara, termasuk di Sarawak. Ketua Pegawai Eksekutifnya,

Bazar Ramadan di Sarawak kembali meriah

KUCHING: Pembukaan bazar Ramadan di sekitar Sarawak sedang giat dijalankan dengan beberapa lokasi telah ditetapkan untuk dijadikan tempat berniaga sepanjang bulan Ramadan ini. Pembukaan bazar

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan