ARTIKEL

Kredit: One Championship | Bernama

Alif Rakib cipta sejarah raih gelaran dunia interim Strawweight One Championship

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Petarung muay thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib atau lebih dikenali sebagai Alif Rakib mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara dunia interim Muay Thai Strawweight ONE Championship selepas menewaskan wakil Thailand Sam-A Gaiyanghadao, semalam. 

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, atlet berusia 22 tahun itu  menamatkan saingan ke atas bekas juara dunia dua kategori ONE Championship itu menerusi kemenangan knockout pada pusingan kelima.

Kejayaan itu sekaligus menyaksikan Alif Rakib melakar pencapaian terbesar dalam kariernya dan muncul antara petarung negara paling berjaya di pentas ONE Championship.

“Terima kasih kepada orang Malaysia yang datang sokong di Stadium Lumpinee.

Aku dah janji nak bawa balik tali pinggang ini ke Malaysia,” katanya yang turut menghadiahkan kemenangan itu kepada bapanya.

Kemenangan itu turut membolehkan Alif Rakib membawa pulang bonus kemenangan berjumlah USD50,000 (kira-kira RM204,565) selain tali pinggang kejuaraan.

Dengan kemenangan itu, Alif Rakib akan menentang juara dunia strawweight Muay Thai, Prajanchai PK Saenchai dalam aksi penyatuan gelaran sebaik juara berkenaan kembali daripada kecederaan.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan padu kepada Alif Rakib menjelang perlawanan itu. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang