Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan berlaku ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di Sarawak sehingga 7 malam, hari ini.
Ia melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Miri (Marudi) dan Limbang.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.



